SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK*****SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK******SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK******SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK******SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK

Wednesday 24 September 2014

PUNCA JEREBU

PUNCA-PUNCA JEREBU
 Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu disebabkan buatan manusia ialah pembakaran hutan. Statistik menunjukkan kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997. Keadaan ini berpunca daripada pembakaran hutan di negara jiran. Jerebu berlaku di negara kita apabila angin bertiup dari Sumatera serta angin yang ditiup itu turut sama membawa jerebu. Hal ini kerana, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu berterbangan di atmosfera. Seterusnya pembakaran terbuka juga merupakan faktor penyumbang kepada masalah jerebu. Pembakaran secara terbuka dalam kelompok masyarakat selalunya dipandang remeh. Kebiasaannya masyarakat beranggapan pembakaran yang dibuat sekadar untuk melupuskan sesuatu, contohnya seperti sampah sarap. Masyarakat juga kebiasaanya melakukan pembakaran secara terbuka di belakang kawasan rumah. Hal ini berlaku kerana sifat malas yang dalam diri masyarakat untuk mmbawa sampah sarap ke tempat pembuangan sampah atau tempat kitar semula.Namun, hakikatnya pembakaran secara terbuka oleh kelompok-kelompok masyarakat tanpa dikawal akan menyebabkan IPU meningkat. Antara faktor lain ialah daripada kenderaan bermotor. Seperti yang kita dapat lihat, peningkatan jumlah kenderaan di alan raya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Keadaan ini dapat dilihat terutamanya musim perayaan dimana seperti hamparan kenderaan diatas jalan raya. Kenderaan bermotor dikatakan punca kepada jerebu kerana terdapatnya kenderaan yang tidak dilengkapai pengubah pemangkin. Hal ini menyebabkan karbon monoksida dan sodium dioksida terbebas keudara. Selain itu, peningkatan kenderaan serta-merta akan menyebabkan jumlah asap dari eksos kenderaan turut meningkat. Hal ini menyebabkan kandungan gas yang dibebaskan akan berlegar-legar di atmosfera dan lapisan ozon. Hal ini menebabkan kandungan bahan asing didalam udara semakin menigkat dan menyebabkan IPU meningkat dan menjadikan tahap jerebu turut meningkat. Kegiatan industri yang tidak terkawal juga akan menyebabkan masalah jerebu. Hal ini demikian kerana sesebuah Negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan untuk kemajuan negara. Namun begitu, sikap pengusaha kilang yang bagaikan enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing . Pengusaha -pengusaha ini melepaskan asap ke udara. Sesetengah pengusaha ini yang mengutamakan keuntungan , mereka tidak sanggup untuk membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan penapis asap yang digunakan untuk menapis asap yang mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen. Gas yang berikut boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi bertambah buruk apabila pengusaha memasang corong asap terlalu rendah sehinggakan menyalur asap beracun ke udara. Masalah jerbu juga berpunca daripada faktor semula jadi seperti fenomena El-Nino. Akibat daripada itu, suhu perairan Laut Pasifik meningkat secara mendadak berikutan pergerakan angin timur yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama Asia Tenggara mengalami musim kemarau yang kering dan memudahkan kebakaran hutan berlaku. Contohnya kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera Kalimantan. Akibat daripada itu, asap terlepas ke udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menyebabkan udara berjerebu. Jerebu juga terjadi akibat daripada letupan gunung berapi. Hal ini dapat dibuktikan denganletupan gunung berapi Krakatoa pada tahun 1883 dan letupan Gunung Agung di Bali pada 1963. Letupan gunung tesebut banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara.

2 comments: