SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK*****SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK******SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK******SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK******SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK

Wednesday 24 September 2014

ADAT PERKAHWINAN DI BATU KURAU

Kesantunan bahasa dalam masyarakat setempat-  
proses  perkahwinan masyarakat batu kurau
    Pengenalan
Perkhahwinan  merupakan satu proses utama  dalam kehidupan bagi mencorak sesebuah keluarga. Perkahwinan mengikut adat adalah perkahwinan yang melibatkan ibu bapa kedua-dua pihak. Seperti yang kita tahu,perkahwinan yang tidak melibakan ibu bapa secara langsung bagi individu yang mempunyai ibu bapa dianggap sebagai perkahwinan yang melanggar adat dan akan dipandang tidak ada nilai kesopanan. Perkahwinan perlulah mengikut peraturan dan adat Melayu walaupun perkahwinan tersebut berlandaskan suka sama suka ataupun pilihan keluarga. Umum mengetahui bahawa perkahwinan merupakan satu lorong kehidupan untuk memperbanyakkan umat dan mengembangkan keturunan. Selain itu,perkahwinan juga bertujuan untuk mendapatkan keturunan yang baik,mengelakkan zina, memenuhi tuntutan agama dan sebagainya berpandukan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah SWT.
  Oleh yang demikian jelaslah bahawa perkahwinan adalah undang-undang atau proses yang membolehkan terbentuknya perhubungan yang mengikut peraturan dan menjadikan  suami isteri sebagai ikatan yang sah melalui lafaz akad yang diakukan oleh seseorang lelaki. Sebagaimana  firman allah yang berbunyi “mereka(perempuan) itu pakaian untuk kamu(lelaki) dan kamu pakaian (lelaki) pakaian untuk mereka dan maha suci Allah yang telah menciptakan segala makluk berpasang-pasangan baik yang tumbuh dibumi mahupun  dari mereka sendiri,serta apa-apa yang tidak  mereka ketahui”. Oleh itu, jelaslah perkahwinan adalah satu keperluan dalam kehidupan manusia mahupun makhluk lain di dunia.
  Namun begitu, setiap perkahwinan mempunyai peratuan, undang-undang dan adat resamnya yang tersendiri. Seperti mana yang umum mengetahui, Malaysia mempunyai 14 buah negeri,tetapi adat perkahwinan yang dijalankan oleh masyarakat Melayu adalah berbeza mengikut budaya setempat. Justeru,masyarakat Melayu mempunyai tujuan yang sama dalam perkahwinan iaitu memjadikan perkahwinan sebagai satu ikatan kekeluargaan dunia dan akhirat.  Ikatan kekeluargaan tersebut haruslah berlandaskan  perkahwinan mengikut hukum  syarak dan adat resam masyarakat Melayu. Hukum syarak dan adat resam adalah menjadi keutamaan dalam masyarakat Melayu.
Umum mengetahui bahawa masyarakat melayu amat terkenal dengan kesantunannya. Masyarakat Melayu mengutamakan  tatacara komunikasi yang digunakan dalam proses perkahwinan itu berlangsung. Bagi masyarakat Melayu di Batu Kurau, seseorang yang ingin berkahwinan, akan menjalani empat peringkat. Peringkat pertama ialah adat merisik,kedua adat meminang, ketiga adat pertunangan dan yang ke empat adat perkahwinan. Setiap peringkat mempunyai nilai kesantunan bahasa yang tersendiri dan setiap peringkat yang terlibat melibatkan  komunikasi lisan dan bukan lisan. Namun begitu, penulisan ini akan megupas dengan mendalam mengenai proses perkahwinan  yang berlaku dalam masyarakat di kawasan Batu Kurau,Perak. Penulisan ini akan mengupas mengenai kesantunan berbahasa dalam masyarakat ketika melaksanakan proses perkahwinan di kawasan Batu Kurau,Perak serta akan mengupas lebih mendalam mengenai adat merisik,meminang dan menikah. Ini  kerana adat merisik,meminang dan menikah berkait rapat antara satu sama lain dan mempunyai nilai-nilai kesantunan bahasa yang jelas.
Budaya merisik di Batu Kurau,Perak.
                 
Merisik adalah tahap permulaan adat perkahwinan iaitu satu proses menentukan calon gadis yang bakal ditunangi oleh seseorang lelaki. Adat merisik adalah komunikasi lisan yang difahami oleh masyarakat Melayu seterusnya memberi petanda bahawa seseorang gadis itu sedang diintip, diselidik ataupun ditinjau oleh pihak wakil lelaki ataupun laki itu sendiri. Amalan merisik ini kebiasaannya dilakukan di zaman lalu. Tetapi masyarakat di Batu Kurau masih melaksanakan adat merisik. Budaya merisik wujud di kawasan Batu Kurau apabila seseorang lelaki menyampaikan hasratnya untuk berkahwin. Apabila hajatnya di beritahu,ibu bapa akan  melantik wakil daripada sanak saudara terdekat  ataupun jiran tetangga untuk merisik atau mengintai seseorang gadis untuk dijadikan calon isteri. Kebiasaannya adat merisik dilakukan kerana  seseorang itu tidak pandai mencari gadis pilihan sendiri ataupun mereka bersifat pemalu. Selain itu, tujuannya untuk melihat paras rupa ataupun  perwatakan si gadis. Kebiasaannya lelaki akan mengintip gadis itu tanpa pengetahuannya,contohnya semasa gadis keluar dari rumah. Selalunya jika lelaki itu berkenan dengan si perempuan,maka lelaki akan menyampaikan hasratnya untuk memperisterikan gadis itu  kepada ibu bapanya. Kebiasaannya, adat merisik dilakukan  oleh individu yang mahir melihat peribadi seseorang perempuan sama ada baik untuk dijadikan isteri atau sebaliknya. Ini kerana rupa paras dan tingkah laku merupakan ciri-ciri penting yang diperlihatkan sewaktu penilaian oleh wakil pengintip. Adat merisik yang menjadi adalah berpandukan komunikasi lisan dalam sesuatu masyarakat. Bagi masyarakat Melayu di Batu Kurau, budaya merisik untuk memastikan seseorang gadis itu secocok ataupun serasi seperti kata pepatah “bagai pinang dibelah dua”. Pepatah yang disebutkan ini  adalah komunikasi lisan yang membawa erti si perempuan itu sangat baik tingkahlakunya dan masih dara. Selain itu,masyarakat berpendapat bahawa merisik merupakan perkara yang baik atau positif mengikut peraturan adat perkahwinan Melayu yang diamalkan dalam masyarakat  Melayu yang tinggal di Batu Kurau.
     Adat meminang dalam masyarakat Melayu Batu Kurau.
Bagi masyarakat Melayu di Batu Kurau meminang adalah satu adat susulan setelah melakukan proses merisik. Kebiasaannya adat meminang dilakukan oleh ibu bapa si lelaki itu sendiri yang telah bersetuju untuk mengambil si perempuan yang telah dirisik untuk dijadikan isteri atau suri dalam rumah tangga. Proses ini berbeza dengan adat merisik kerana merisik menghantar wakil seperti sanak saudara atau jiran tetangga. Meminang dalam masyarakat Batu Kurau ialah membawa tepak sirih yang lengkap diisi dengan alatnya seperti daun sirih dipilih dengan mengambil daun yang elok sahaja,kapur,gambir dan pinang yang telah dikacip untuk dipersembahkan kepada keluarga si gadis.
Daun sirih yang dipilih hendaklah tidak bertemu urat. Ini kerana menurut komunikasi bukan lisan ianya membawa maksud yang tersendiri. Meminang berasal daripada perkataan pokok pinang yang mana pokok itu mempunyai buah yang dinamakan pinang. Buah pinang merupakan elemen  yang penting dalam menggandingkannya dengan sirih pinang. Buah pinang yang digunakan dalam peminangan  sebagai komunikasi bukan lisan yang mempunyai nilai kesantunan yang tersendiri dan membawa masuk lelaki dan perempuan saling perlu dalam perkongsian hidup.
                         
Apabila rombongan pihak lelaki tiba, tuan rumah akan mempersilakan masuk untuk naik kerumah. Mengikut budaya masyarakat Melayu di Batu Kurau, para tetamu akan dipersilakan duduk bersama-sama tuan rumah. Kesantunan yang dapat dilihat dimana tetamu lelaki akan duduk bersila dan tetamu perempuan akan duduk bersimpuh. Keadaan ini menunjukkan nilai sopan santun dan tatatertib dalam masyarakat Melayu di kawasan Batu Kurau.  Pertemuan biasanya dimulakan dengan salam  dan selamat datang daripada tuan rumah.
Contoh perbualan dalam adat merisik dalam masyarakat Melayu di Batu Kurau:
Pihak perempuan: Assalamualikum. Jemput masuk kerumah kami.    

Pihak lelaki          : Waalaikumsalam. Terima kasih.
        Sebenarnya pihak kami datang membawa hajat.
        Datang kemari seperti  berperang, macam orang kata, berperang kadang         kalanya menang ada kalanya kecundang.
        Adat bersabung ada kalah ada yang menang.
        Kami datang untuk meninjau taman larangan dalam rumah tuan.
        Bak kata pepatah buah yang ranum sudah boleh dipetik
Kebiasaan dalam masyarakat Melayu Batu Kurau,selepas pihak lelaki sudah habis menyampaikan hajat, wakil pihak lelaki akan menolak tepak sirih ke depan. Kebiasaannya tuan rumah akan memandang sahaja tepak sirih tetapi tidak akan menyentuh. Seterusnya pihak perempuan pula  akan memberi maklum balas.

Pihak perempuan:  Anak kami belum pandai masak. Kalau masak ada yang                                              mentahnya.kalau  menggoreng ada yang hagusnya. Umur                                            setahun  jagung  masih belum mengenal dunia.
                      
Mengikut masyarakat Melayu dikawasan kajian . Meminang adalah sebagai menghantar tanda dengan menyarung cincin ke jari manis gadis sekal gus menunjukkan kesediaan si gadis itu menerima lamaran pihak lelaki. Cincin tanda adalah sebagai komunikasi bukan lisan yang mempunyai nilai kesantunan bahasa  yang membawa makna kedua-dua pihak telah bersetuju untuk anak mereka ditunangkan.

Melalui pemerhatian yang dibuat,interaksi diantara kedua belah pihak laki dan perempuan banyak menggunakan bahasa-bahasa kiasan dan diselitkan dengan pepatah-pepatah. Ini menunjukkan budaya masyarakat  Melayu di kawasan kajian,penggunaan pepatah dalam percakapan merupakan komunikasi lisan yang berkesan bagi segala urusan adat. Pengucapan kata-kata kiasan dihasilkan mengikut kreativiti sendiri. Kebanyakan perkataan yang digunakan tidak seragam. Walaupun begitu, jelas dapat dilihat bahawa walaupun zaman berubah penggunaan adat yang dilakukan sejak dahulu kala masih digunakan pada masa kini. Umum mengetahui, masyarakat Melayu mempunyai nilai kesantunan yang tinggi terutama  dalam melaksanakan kebudayaan masing-masing. Contohnya seperti bahasa yang digunakan didalam  proses perkahwinan iaitu adat  meminang. Kebiasaannya ayat-ayat yang dikeluarkan itu mempunyai nilai merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk. Oleh itu, cara percakapan yang mempunyai nilai merendah diri akan membuatkan kedua-dua pihak akan berada dalam keadaan yang selesa apabila berbincang.




  Adat menikah
Adat perkahwinan merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan bagi pasangan pengantin yang disatukan dengan lafaz akad. Adat ini dilaksanakan setelah mereka sah bergelar suami isteri.  Adat perkahwinan dilakukan mengikut hukum syarak. Dalam masyarakat Melayu di Batu Kurau,  terdapat beberapa proses  perkahwinan yang terdapat dalam adat perkahwinan iaitu adat menikah,adat membatalkan air sembahyang, adat bersanding, dan adat ziarah-menziarahi.penulisan yang dibuat akan megupas mengenai adat bernikah. Hal ini kerana adat menikah adalah titik permulaan kepada adat-adat perkahwinan yang lain.
                    
Menikah adalah adat yang wajib dilakukan. Hal ini kerana, masyarakat Melayu melaksanakan adat berlandaskan hukum agama Islam.  Adat menikah ini akan dilakukan sebelum melaksanakan majlis perkahwinan. Nikah adalah ijab dan kabul antara  pengantin lelaki dengan bapa pengantin perempuan sebagai wali dan berwakilkan Tok Kadi. Bagi masyarakat Melayu di Batu Kurau,biasanya bapa kepada pengantin perempuan itu yang akan menikahkan pengantin lelaki dengan anaknya. Hal ini kerana , bapa kepada pengantin perempuan ingin “melepaskan sendiri” anaknya. Dalam masyarakat Melayu di kawasan kajian, istilah melepaskan “melepaskan sendiri”  bermaksud menyerahkan sendiri anaknya kepada pengantin lelaki dangan hasrat tanggungjawab yang diberikan kepada pengantin lelaki untuk meminta peteri ditamannya dijaga,dididik, disayangi dengan rasa tanggungjawab berlandaskan syariat seperti yang dilakukan oleh bapa pengantin perempuan.

Kebiasaannya adat menikah dilakukan pada waktu petang atau malam iaitu sebelum majlis perkahwinan dilakukan. Hal ini kerana mengelakkan pengantin lelaki berasa gementar ketika adat akad nikah dilakukan. Selain itu,suasana gelap pada waktu malam merupakan suasana yang tenang dan sesuai untuk melaksanakan adat akad nikah. Namun begitu, sesetengah adat akad nikah dilakukan lebih awal bergantung kepada kedua ibu bapa pengantin itu sendiri.  

No comments:

Post a Comment