SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK*****SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK******SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK******SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK******SELAMAT DATANG KE NOTE PENDIDIK

Wednesday 24 September 2014

ALAM SEKITAR

ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan perkataan yang sangat dekat dengan kehidupan. Hal ini kerana , alam diterjemahkan sebagai dunia dan juga bumi. Manakala sekitar pula diterjemahkan didalam kamus dewan edisi keempat  sebagai sekeliling. Alam sekitar merupakan anugerah dan amanah yang Allah berikan. Manakala alam sekitar fizikal ialah alam sekitar yang terdiri daripada  air, udara dan tanah. Setiap elemen ini merupakan tempat dimana setiap benda hidup akan melakukan aktiviti untuk mendapatkan keperluan hidup dan kepentingan masing- masing.  Seperti yang umum kita ketahui, Mahatma Gandhi menyatakan “kita  tidak mewarisi alam sekitar dari pada nenek moyang kita,sebaliknya kita meminjam daripada generasi akan datang”. Didalam al-Quran juga ada menjelaskan larangan untuk merosakkan alam sekitar. Seperti firman –Nya didalam surah Al-A’raaf ayat 56 yang berbunyi “dan janganlah kamu kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segalanya yang membawa kebaikan kepadanya”. Ayat ini jelas menunjukkan penjagaan alam sekitar amat penting.
Umum  juga mengetahui bahawa alam sekitar merupakan aset paling bernilai yang dianugerahkan Allah SWT kepada manusia dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Anugerah Allah yang tidak ternilai seperti yang kita dapat  lihat hari ini iaitu, hamparan hutan yang menghijau, sungai-sungai yang menjadi sumber air, bukit bukau dan gunung-ganang yang terpacak kukuh memukau pendangan kita. Alam semula jadi adalah khazanah yang tidak dapat dinilai. Namun begitu, arus pemodenan yang semakin pesan membangun, sudah membuatkan manusia hanyut dan lalai dalam menjaga dan memelihara alam sekitar.
Pencemaran alam sekitar boleh dikatogorikan kepada empat kelompok utama. Iaitu  pencemaran air, pencemaran udara,pencemaran tanah dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara akan menyebabkan  heterogen impak kepada manusia . Pencemaran udara juga melibatkankan ketidakselesaan manusia atau organisma lain serta merosakkan alam  sekitar apabila bahan terebut merosakkan atmosfera. Contohnya seperti gas karbon, sulfur dioksida dan sebagainya.  Aktiviti yang dapat dikemukakan ialah seperti pembebasan asap yang mengandungi sulfur dioksida ke udara. Pencemaran  air pula ialah perubahan yang berlaku kepada air itu sendiri tidak kira dari segi warna atau sifat-sifat kimia. Seperti yang kita dapat lihat  dahulunya sungai Nil yang dulu merupakan penghubung penting sekarang semuanya hanya  tinggal sejarah. Sungai hari ini hanya menjadi tempat pembuangan sampah sahaja. Pencemaran bunyi pula ditakrifkan sebagai  bunyi yang  dihasilkan oleh manusia atau organisma sehingga menggangu aktiviti dan keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.
.

No comments:

Post a Comment